Monday, February 25, 2013

contoh soalan n27 KPSL

Hello semua.. kat sini saya sediakan beberapa contoh soalan n27 kpsl untuk anda semua.. kepada yang nk amik exam bulan jun 2013 nanti bolehlah tengok contoh soalan2 ni ye..soalan ade 8 cume jwb 5 sahaja. jawab yg rase boleh jawab.. bahagikan mase dengan betul utk setiap soalan. jgn bazirkan mase utk soalan yg anda x pasti..Good luck..

Tips@ cara jawab soalan KPSL

1. Semak kertas soalan
2. Pilih soalan yang betul betul kita faham kehendak soalan dan yakin boleh jawab
3. Bahagikan masa yang diberikan sama rata untuk menjawab setiap soalan yang dipilih.
4. Lepas dah pilih soalan, opkos la kita akan baca soalan kan..Bila baca soalan tuh, gariskan KEYWORD penting soalan tersebut.
4. Yang penting tulisan kena kemas dan cantik....(^_^)

Soalan soalan kertas 2(pengurusan pejabat) :

Semasa menghadiri majlis anjuran kesatuan sekerja, Encik Samad telah diberikan hadiah kerana kesudiannya menghadirkan diri. Selepas membukanya, Encik Samad mendapati ianya satu hadiah yang cukup bernilai. JELASKAN dari segi peraturan sedia ada mengenai syarat pemberian hadiah yang diterima oleh Encik Samad.
(5 markah)
Soalan nih nak kita jelaskan syarat pemberian hadiah. So, HADIAH nih subtopik BAHAGIAN II TATAKELAKUAN dalam BAB D - Peraturan2 Peg. Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jawapan :

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya ap-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.

(2) Ketua Jabatan seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pegawai itu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempenan persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.

Rujukan : Perintah Am - Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Bahagian II Tatakelakuan - 8 ( 1-2)

beginilah cara-cara  nk menjawab soalan yng penting sertakan rujukan sekali..

soalan kertas kpsl bhg 2 thn 2011

Bahagian 2- panduan pengurusan pejabat, arahan  keselamatan & PKPA 2011(3 jam)

1) a. Jabatan OPQ kerap menerima aduan daripada org ramai & mendpt liputan negatif drpd pihak media massa. Setelah dikaji, didapati jbtn tersebut tidak mempunyai sistem aduan awam dan tiada jalinan hubungan yg baik dengan pihak media. Berikan cadangan anda bagi mewujudkn satu sistem aduan awam yg berkesan & jalinan yg positif dgn pihak media kpd Jabtn OPQ bg meningkatkan sistem penyampaiannya.
                                                                                                                            (10 markah)

    b. Encik Aman Khan yg bertugas sbg Pegawai Khidmat Pelanggan sering menerima aduan tentang tempoh kelulusan permohonan yg lewat. Beliau juga mendengar rungutan pelanggan kerana terlalu banyak prosedur yg perlu diikuti bg sesuatu permohonan.
Jelaskan tindakan Jabtan bg memastikan perkhidmatan kepada pelanggan dilaksanakan secara telus, cepat dan berkesan.                                                                                                      (10 markah)

2) a. Encik Zain Maher seorang ketua jabatan yg prihatin dan mengambil berat kebajikan kakitangan nya. Beliau menghadapi masalah pegawai yg sering tidak menepati waktu bekerja. Beliau juga mendapati prestasi pegawainya berbeza dalam menjalankan tugas seharian.
   i) Jelaskan bagaiman En Zain Maher dpt mengawal kehadiran kakitangannya.      
                                                                                                                              (4 markah)

   ii) Huraikan cara penilaian prestasi yg baik bagi menilai seiarng pegawai.
                                                                                                                               ( 6 markah)

   b) Puan Surihani seorg Ketua Jabatan di Jbtn XYZ mendapati budaya kerja pegawainya sangat rendah dan tidak menyumbang kpd peningkatan kualiti kerja & imej jabatan. Berdasarkan Panduan Pengurusan Pejabat, berikan cadangan kpd Puan Surihani dlm menbantunya memupuk budaya kerja positif di jabatannnya dan mengambil langkah utk membangunkan modal insan.
                                                                                                                               ( 10 markah)







2 comments:

  1. boleh bawak buku time exam ke?...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply.. exam x lame lagi.. boleh bawak buku.. cume kena cepat nk jawab. 1 soalan ambik masa lebih kurang 20 minit..buat tandaan pada buku senang nk carik..tajuk2.selamat berjaya semua yg amik exam minggu depan..

      Delete